Saturday, October 25, 2008

NEW YORK : Sex and the City (Episode 1)

Assalamualaikum semua...

Hmmm aku baru je balik dari New York… trip ke sana selama 4 hari walaupun singkat, tapi so meaningful to me. Mujur ada kawan aku Kamal, yg buat perancangan yg baik utk aku dan semua rakan2 dia. Youre a good planner laa…


Sex & The City...

tema trip aku ke NY… we all dah plan tema mcm ni sbb NY punya pasal… sesungguhnya NY is very different. Jauh beza dgn London. Fast life, bizi, crowdy, scary, big & tall, luxury, cold and daring… Byk beza dgn London dan Paris. 


Subuh Sabtu 18 Oct

Subuh aku dah bangun. Doa kat Tuhan semoga selamat perjalanan aku ni ke NY. Terima kasih kat kawan melayu aku di Lincoln ni, Hafiz yg susah payah hantar aku ke airport pepagi buter. Pagi di Lincoln ni Ya Allah menggigit sejuknya.  Kol 8 aku dah sampai airport, flight kol 11am. Saja aku dtg awal sbb aku ni dalam sejarah selalu kena tinggal plane. So kali ni NY punya pasal, aku lebih awal 2 jam gitu. Excited… Tapi yg membengangkan aku ialah flight delay, sbb NY dilanda ribut so runway kapalterbang satu je dibuka utk mendarat dan berlepas. Mcm2 laa...

Aku transit di Minneapolis, Minnesota. Aku nyaris kena tinggal flight sbb flight dari Lincoln lewat. Anyway rupanya flight tu mmg tunggu aku sorg je. Glamer giler aku masuk je terus tutup pintu dan fly. Semua passenger tgk aku. Aku rasa dia org bukan tgk aku, tapi tgk jaket Etienne Aigner aku ni ha... hehe

Sampai aje aku di Newark New Jersey airport , aku kena tunggu Kamal pulak, flight dia dari Stockholm, Sweden sampai kol 7pm. Aku tunggu 3 jam tau… letih aku… Mujur lah terminal dia sama dgn aku. Aku jalan sket je ke depan tu. Masa tunggu tu aku lapar sgt, aku makan lah McD, mahal ya amat… Fillet o Fish dia satu set $8.50. Kat Lincoln aku ni $4.35 je… cekik darah. Aku terserempak dgn satu family melayu di airport tu. Sempat berbual kejap. Ada jugak melayu di NY.

Bila Kamal dah sampai, aku terus dikenalkan dgn kawan2 dia. Best lah.. sebab semuanya sporting. Worthy of mention, Huda, Netty, Cek Zul, Hakim, Shah, IFS, dll…. Memang semuanya satu kepala… We ol terus ke Renaissance Hotel Newark naik bas chartered… dekat je dgn airport…

Malam tu Kamal jamu aku dgn nasi goreng…dia bawak dari Msia… best giler.. waluapun tak sesedap mana, tapi aku tetap hargai…. Dia pun bwk kan aku Maggi 2 bungkus besar, seri Kaya dll…rindu aku kat Maggi… Huda bwk serunding, Netty bwk mee goreng.. eee bestnya....


19 Okt…

Aku dgn kamal bangun pagi sbb nak pegi sewa kereta, kol 8 we all dah ada kat kedai kete…we all sewa 2 bijik MPV Dodge… besar dan selesa.. Yg penting American Slang aku telah menyelamatkan keadaan, kalau tak harus kena bayar sewa kete mahal... hehe . Today we all nak pegi Woodbury… Premium Factory Outlet di NY ni. Perjalanan yg jauh>60 batu… sampai sesat2 masuk kampung org… tapi sesat pun jadi best sebab dapat gambar kat area perumahan NY yg klasik dan cantik… Sejuk giler hari ni. Menggigil. Aku dgn Kamal shopping sakan… aku beli jam Guess 2, Banana Republic merchandise (BR mmg fave aku di US ni) , Liz Claiborne (utk mak aku, akak dan Hidd kirim), GAP dll.. si Kamal borong Coach tak ingat… Huda beli kasut Emporio Armani (u memang kelas la Huda), Netty beli baju Ralph Lauren, Cek Zul beli jam Guess mcm aku, Kamal beli pulak jam Fossil last minute sebelum tutup kedai… mcm2 ehh… Factory outlet ni mmg murah, unbelievable… Plan nak balik ke hotel kol 6pm, akhirnya kol 9pm, sampai kedai tutup lah shopping. Yg penting Huda dgn Netty dok buat closing sakan, tolong tutup pintu kedai sekali kot... muahahaha... Balik aje hotel.. semua org tersadai…keletihan…  Thanks so very much to Shah, our dedicated driver. Walaupun GPS System tak function betul, but you managed to get the right track to Woodbury. Dah la sistem Hiway kat NY ni membingungkan... Ko mmg best!


20 Okt…

Pagi2 lagi dah bangun sbb… huhu…. Bermula lah Sex and the City… We took buses, train and subway ke Manhattan... letih tukar transport je keje... Nak citer pun tak geti... tengok lah gambar2 di bawah... TQ Shah yg baik hati jadi tourist guide. Cek Zul too, youre marvellous laa... you seemed to be knowing every pelusuk NY ni... (Are you New Yorker??) yg penting gambar kita di tengah2 Times Square is splendid... lihatlah dunia...   depan Macy's the larget shopping mall in the world... TQ Zul for all the beautiful pictures you took. Your Canon DLSR worked wonders lah... Tapi gambar tu semua masuk Episode 2... Seriously aku mmg terpesona dgn bandar NY. Aku rasa dekat 30 kali ganda saiz KL ni. Manhattan tu terlalu besar. Tak habis jalan berbatu2... penat sgt. 


21 Okt...

Bangun pagi sebab nak pegi Jersey garden.. eh shopping belum habis lagi laa... kali ni pegi beli belt Nautica and Perry Ellis and stokin 2Xist... Kamal lawak Tapir ko kat Sbarro, mmg aku takkan lupa kan... pecah perut ketawa terbahak2 depan org. Petang tu aku terus balik hotel sbb nak siap2 balik ke Lincoln... sedihnya sbb dah tiba masa utk berpisah... aku terpaksa balik awal sbb 23 Okt aku exam... kalau tak kerana exam , dah tentu lah aku extend percutian Sex & the City. Kamal and the crew semua balik 23 Okt... takper.. ada umur dan masa, kita jumpa lagi somewhere... Thanks Kamal for seeing me in NY, we had a great time together, and not forgetting masa kita bertemu di London back in 1996... impian zaman sekolah kita jadi kenyataan akhirnya... aku tak pernah sangka angan2 budak2 kita nak berjumpa di London dulu tu, jadi kenyataan... kini di NY with new Episode, new fashion, new ambience... Manhattan... i can never forget it.... next, lets plan to meet in Paris.. walaupun aku dah pegi Paris, tapi aku belum pegi dgn ko lagi... insyaAllah ada rezki Tuhan, kita lengkapkan impian zaman sekolah kita utk berjumpa di London, Paris New York.... truly that was the greatest holidays in my life... syukur alhamdulillah... (korg yg tak kenal Kamal ni, dia ni kawan sekolah aku masa di English College JB, dia jugak jiran aku, now dah jadi sedara aku).


Minneapolis, Minnesota


Tasik Superior near Chicago


Newark new Jersey Airport


near Ground Zero
Broadway




Malaysian Supermodel in NY...  hehe












Statue of Liberty dari jauh







bangunan Donald Trump


Central park








The Big Apple


Fifth Avenue









Rockefeller Center










Times Square





No comments: