Monday, August 25, 2008

Selamat tinggal....

Assalamualaikum...

Hey guys how ya doin'? Harap semua nya sihat..
Aku terlalu bizi dgn kerja sekolah sampaikan tak sempat nak lancarkan Blog ni secepat mungkin. Actually byk benda yg aku nak citer, tapi takde masa. Aku sungguh huru-hara kat sini laa... Pelajaran pun aku susah nak catch up maklum la, aku dah 10 tahun tinggal kan belajar, tetiba nak masuk kelas pegang buku, mmg terkejut laa... subjek semua tough pulak tu..

Sini masih panas lagi. I believe masih hujung summer. Aku suka suasana mcm ni, angin sejuk tapi hari cerah. Di Msia panas tapi angin pun panas... nyaman la sini... Senior aku kata, sini winter dia sejuk extreme. Tunggu aje lah dia datang nanti end of this year...

dah nak raya pun... ini kali ke 5 dalam hidup aku beraya di perantauan. 4 kali di UK dulu, aku sungguh tak terasa sebab komuniti Melayu dan kawan2 di sana mewujudkan suasana spt di Msia. Tak mcm sini, aku sorg je ni.. Melayu tak ramai. Lagipun ada kelas pada Hari Raya ni.. lepas raya ada exams.

Memang seksalah aku di sini. Kali ni mmg amat terasa sunyi. Nak buat camner.. aku terima ajelah nasib mcm ni. Kalau boleh mmg aku nak balik beraya dgn mak aku dan kawan2... Aku takde apa nak citer selain tanggung sedih aje lah dalam hati ni... aku ada sket gambar utk korang... layan gambar aje lah...

Di hari yg mulia ni, aku ucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin... Aku dgr citer Boy dan geng2 kita, ada kirim aku brg2 utk raya... aku sungguh terharu dgn ingatan korang. Masih ingat lagi korg kat aku walaupun jauh beribu batu ni... Tak tahu apa aku nak cakap selain ucapan jutaan terima kasih kepada korg semua... agaknya ini lah sahabat seumur hidup yg tak mungkin ada gantinya... Kenangan dan keseronokan dgn korg di Ampang tak pernah hilang dari kepala aku ni... never!!! Di mana sekalipun, Larut Matang, Langkawi, Sukan JPS Kedah, Awal Maju (ni paling laaa...), Oldtown Coffee, Village View Bangi, Jusco Seri kembangan.. ala mana saja laa, aku tak pernah lupa.... Budi yang baik dibawa mati...

Aku letak gambar2 ni utk korang semua. Let the pictures tell the story...